Tuesday 16 February 2016

Resepi Kek lapis sarawak untuk keluarga

Hari ni adalah resepi kek lapis Sarawak untuk keluarga tercinta, ramai yang beranggapan untuk membuat Kek lapis sarawak adalah amat sukar tetapi jika kita mengikut resepi dan sukatan untuk membuatnya. kita mampu menghasilkan Kek Lapis ynag sedap, lembut dan gebu.

Dibawa adalah resepi unutk anda.




bahan-bahan : loyang 6" x 6"
  • 3/4 cawan tepung superfine (diayak)
  • 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 5 biji telur A
  • 225 g mentega berkualiti tinggi 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan serikaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sk serbuk nescafe 
  • pewarna hijau (DJ campurkan dengan pes pandan), merah, kuning dan coklat


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup pengukus dengan tuala bersih. Sediakan loyang kek. Alaskan dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
  2. Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  3. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  4. Masukkan serikaya dan putar lagi hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  7. Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe (kacau sebati). Kemudian setiap adunan dibahagi dua lagi supaya menjadi lapan lapisan. Tapi kalau nk buat 4 lapisan saja pun boleh. 
  8. Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan ratakan. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendaklah direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan dah tak cair. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 20 minit lagi supaya kek masak sempurna.
  9. Setelah masak, tutupkan api. Sejukkan kek sebelum dipotong. 

Bahan-bahan untuk resepi asal :
  • 10 biji telur ayam
  •  12 oz mentega berkualiti tinggi
  • 1 gelas gula halus
  • 3 gelas tepung gandum
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 16 oz serikaya
  • 2 sk esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk nescafe
  • pewarna hijau, merah, kuning dan coklat
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment