Friday 4 March 2016

Berusaha maju kedepan impian semua( saja-saja cerita)

Ramai antara kita ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan, untuk memiliki Rumah, Kereta mahal, harta yang banyak. tetapi mungkin anda pernah juga terfikir dimana semua itu cuma angan-angan sahaja. dan adalah amat mustahil untuk mencapai apa yang diingini.dan satu-satu yang cara untuk kita memiliki yang diinginkan adalah berusaha.

Dalam perkongsian ini, saya ingin menceritakan kepada anda semua, dimana pada suatu ketika dulu, ada seorang budak yang dilahirkan dan ditakdirkan tidak mempunyai keluarga yang sempurna, dan dia telah dibesarkan oleh Datuknya sendiri, mempunyai cita-cita yang amat tinggi , "ingin menjadi seorang yang memiliki harta yang banyak, rumah besar dan kereta yang besar'. telah mendorongnya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dari kecil lagi, dengan ketabahan yang amat tinggi, hasil daripada perniagaan menjual surat khabar, menjual BURGER, minuman ringan. dia telah menjaya memperolehi simpanan yang berjumlah RM 10,000 dalam usia 17 tahun.

Wednesday 2 March 2016

Bina Kerjaya Melalui Minat Anda - Tips untuk lepasan SPM 2015

kepada semua pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang akan mengetahui keputusan anda pada hari khamis (3hb Mac 2015) dan akan diumumkan pada jam 10.00 pagi( mengikut sekolah masing-masing. sememangnya mungkin tidak sabar untuk mengetahui keputusan anda.

Mungkin anda telah mempunyai rancangan untuk masa depan anda selepas mendapat keputusan tersebut. Disini saya ingin kongsikan kepada anda semua untuk membuka jalan kepada anda bagaimana memilih khursus yang diminati , dan berdasarkan minat anda mungkin boleh menjadi seorang yang bekerjaya kelak.