Friday 4 March 2016

Berusaha maju kedepan impian semua( saja-saja cerita)

Ramai antara kita ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan, untuk memiliki Rumah, Kereta mahal, harta yang banyak. tetapi mungkin anda pernah juga terfikir dimana semua itu cuma angan-angan sahaja. dan adalah amat mustahil untuk mencapai apa yang diingini.dan satu-satu yang cara untuk kita memiliki yang diinginkan adalah berusaha.

Dalam perkongsian ini, saya ingin menceritakan kepada anda semua, dimana pada suatu ketika dulu, ada seorang budak yang dilahirkan dan ditakdirkan tidak mempunyai keluarga yang sempurna, dan dia telah dibesarkan oleh Datuknya sendiri, mempunyai cita-cita yang amat tinggi , "ingin menjadi seorang yang memiliki harta yang banyak, rumah besar dan kereta yang besar'. telah mendorongnya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dari kecil lagi, dengan ketabahan yang amat tinggi, hasil daripada perniagaan menjual surat khabar, menjual BURGER, minuman ringan. dia telah menjaya memperolehi simpanan yang berjumlah RM 10,000 dalam usia 17 tahun.


Manakala dalam bidang akademik pula, keputusan daripada peperiksaan SPMnya, Tidaklah sebaik mana, dan keadaan ini telah memaksa beliau untuk membuat keputusan tidak sambung bersekolah. dan apabila usianya telah mencecah 21 tahun, daripada hasil perniagaannya dan duit simpanan. budak ini telah mampu membuat sebuah perniagaan borong baju-baju terpakai. yang dikenali kedai BUNDLE. biasalah dalam perniagaan memang mempunyai masa pasang dan surut. tetapi dengan tekad yang tinggi, beliau mampu menghadapi masa yang suakar dalam perniagaannya.

melalui perkongsian ini, kita dapat melihat dimana usaha dalah tangga kejayaan.

" cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa" dan hanyalah sebuah cerita yang direka untuk memberikan gambaran kehidupan.





No comments:

Post a Comment