Wednesday 2 March 2016

Bina Kerjaya Melalui Minat Anda - Tips untuk lepasan SPM 2015

kepada semua pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang akan mengetahui keputusan anda pada hari khamis (3hb Mac 2015) dan akan diumumkan pada jam 10.00 pagi( mengikut sekolah masing-masing. sememangnya mungkin tidak sabar untuk mengetahui keputusan anda.

Mungkin anda telah mempunyai rancangan untuk masa depan anda selepas mendapat keputusan tersebut. Disini saya ingin kongsikan kepada anda semua untuk membuka jalan kepada anda bagaimana memilih khursus yang diminati , dan berdasarkan minat anda mungkin boleh menjadi seorang yang bekerjaya kelak.



1) Minat 

Selalunya seorang yang berjaya mendapat dorongan daripada minat masing-masing, 'mahu jadi apenye?' dan ini semenangnya soalan yang anda akan tanya pada diri sendiri. ketahuilah dengan minat masing-masing anda akan membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai tujuan anda, Contohnya.. minat anda lebih kepada fesyen.
untuk mencapai tujuan anda, anda seharusnya memilih kursus dalam seni reka fesyen sama ada Diploma atau sijil, ini akan dapat membantu anda bagi membina kerjaya melalui minat anda.

2) Berbincang dengan keluarga

Restu keluarga adalah amat penting kepada anda, dan mereka selaku penjaga kamu, sememamgnya tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk anda.

3) Mengetahui bidang-bidang yang ditawarkan

Dengan membuat  kajian mengenai bidnag-bidang khursus yang ditawarkan di IPTA dan IPTS, anda boleh mendapatkan informasi-informasi yang berguna, dan melalui info tersebut, sedikit sebanyak memberikan anda 'tips' yang berguna kepada anda.


4) Berdoa 

Bagi pelajar-pelajar selepas SPM, selain daripada tips di atas, anda juga perlu berdoa dan memohon kepada yang MAHA ESA bagi mendapat hidayah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang mencapai tujuan dan halatuju anda.







No comments:

Post a Comment